fbpx

Masyarakat India main peranan penting bangunkan negara

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Masyarakat India mempunyai peranan penting  perlu dimainkan dalam pembangunan negara dan tidak pernah dipinggirkan daripada aspek itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka sentiasa berada di barisan hadapan pentadbiran negara, perkhidmatan sivil, perniagaan, hiburan, pendidikan dan makanan.

“Masyarakat India adalah bahagian penting dalam masyarakat majmuk di negara ini selain budaya dan kepercayaan mereka membentuk kepelbagaian dan keunikan kita – banyak kaum dan agama tetapi 1Malaysia,” katanya pada majlis makan malam Persidangan Pemimpin Perniagaan Economic Times Asia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Share this post